CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

WELCOME!!

Assalamualaikum kepada pembaca blog ini dan kepada yang bukan Islam. Hye :) Facebook:Prince Aiman ^^v

Tentang Perasaan Aku.....

Assalamualaikum , dengan lafaz Basmallah aku memulakan entry post ni. Aku sebenarnya nak cakap secara terus terang sebab aku tak tahan lagi menahan perasaan ini seorang diri. Aku tau sepatutnya aku patut mengadu pada Allah S.W.T . tetapi aku hanya manusia biasa yang ada kelemahan ,kekurangan dan kejahatan. Aku cuba meluahkan perasaan aku dekat blog ni jugak.

Sejak akhir-akhir ni banyak sangat berlaku dekat aku...dalam tajuk ni aku hanya menekankan tentang seseorang yang pernah aku panggil bini aku. Seseorang yang mengubah hidup aku menjadi seorang yang ceria, tidak kenal apa itu kesedihan. Seseorang yang mempunyai senyuman yang menawan hati aku sehingga membuat dunia aku semakin bersinar dengan hanya gelak tawanya. Ya Allah betapa indahnya ketika itu, ketika aku di lamun cinta pertama.

Semua itu berubah apabila aku dapat tahu yang dia telah menyanyangi orang lain dan aku tak tau kenapa aku masih sayang kan dia walaupun bukan milik aku. Hanya Allah saja tau bagaimana perasaan aku ketika tu. Dan secara jujur dan dengan nama Allah. Aku telah menitiskan air mata aku hanya kerana seorang perempuan yang pernah aku sayang ketika selesai solat. Ketika berzikir dan secara tetiba dari lubuk hati. Kerana tak tahan dengan sikap dan kehendak hati yang tak dapat di tunaikan serta kesabaran telah sampai ketahapnya. Air mata mengalir di selang dengan zikir dan hati ku ketika itu teringat apa yang dia lakukan dan fikiran ku memikirkan dia. Ketika itu aku akal fikiran aku berkata yang bahawa aku bodoh menunggu orang yang tidak menghargai aku manakala hati aku mengatakan bahawa aku sayang dia dan tak mampu berjauhan dengan dia.

Ya Allah, aku tak tahu adakah ini dugaan dan ujian yang harus aku tempuhi. Ini semua terlalu menyakitkan hati aku, dan cinta aku berkecai. Sejak dari itu, aku berubah dan terus berubah. Aku mula membenci dia dan cuba menghakis dan memadam perasaan itu. Tetapi apakan daya aku, sayang aku tetap untuk dia. Walaupun aku cuba membenci dia dan cuba buat dia benci aku dengan kata-kata yang sememangnya akan menyakitkan hati dia. Aku tidak memaki dia sebab aku tak nak mengulangi kesilapan aku yang dulu. tetapi dengan cara yang sopan.

Dengan jujur, aku mengatakan bahawa aku tiada niat nak sakitkan hati engkau tetapi aku nak engkau sentiasa milik aku. Ketika aku mengatakan kata-kata yang buat kau sakit hati, aku harap kau tau betapa sakit nya hati aku bila kau kata kan pada aku ketika itu. Aku tau memang kau tak akan faham perasaan aku tetapi aku harap kau rasa sedikit perasaan sakit nya hati aku ketika kau cakap macam tu. Aku memang memberontak dan aku tunjukkan kesakitan aku dengan cakap macam. Tetapi secara jujur dari hati ,kata-kata aku tak ada maksud pun. Hanya meluahkan perasaan dan kata-kata itu hanya kosong dan tak berisi.

Mungkin aku tak sepatutnya balas balik apa yang dia buat tetapi aku cuba dan terus mencuba untuk menahan supaya aku tidak membalasnya. tetapi aku tak boleh. Aku tetap nak balas supaya hati aku lega dan melihat dia rasa apa yang aku rasa. Memang kejam tetapi aku tetap tak suka tengok dia sedih dan nangis. Aku benci semua tu lagi-lagi dia sedih dan nangis sebab aku. Memang benci, mungkin aku tak patut buat tetapi kalau aku tak buat aku yang merana. Tidak ! Itu last aku lakukan sampai kau macam tu. Aku tau tweet aku tu buat kau terasa dan kau sendiri kata kau benci aku. Dan yang buat aku rasa terhina dan kejam bila kau kata aku akan rasa malu dan menyesal bila benda yang aku cakap menjadi kenyataan.

Bila aku baca terus terdetik dalam hati aku takut hilang engkau dan fikiran aku mula memikirkan keadaan engkau apabila seorang lelaki yang pastinya bukan aku menyarungkan cincin pada jari engkau yang menandakan engkau ISTERI dia. Ya Allah aku tak tau kenapa fikiran aku sampai ke situ. Aku ni takut sangat hilang engkau lagi-lagi sekiranya berlaku apa yang aku fikirkan. Tidak Tidak Tidak dan Tidak ! Aku benci benda tu berlaku. Alangkan dia dekat blog dia banyak cerita pasal orang yang dia sayang yang semestinya bukan aku , pun aku dah macam hilang arah. Macam hilang bini . Hmm apa ni semua? apa apa apa !!

Dari hati aku memang tak nak hilang dia dan aku sayang sangat dekat dia. Aku tak tau nak buat apa dan tak tau macam mana nak terangkan isi hati aku ini pada dia. Dan aku memang nak buang fikiran yang bukan-bukan sampai ke kahwin itu semua. Itu membuatkan fikiran aku tak tentu arah atau mungkin aku takut hilang dia? Yer aku tau kalau jodoh tak kemana tetapi entah la susah nak ungkapkan dengan kata.

Aku harap sangat dia faham perasaan aku dan aku harap sangat dia tak pergi jauh dari aku. Dia pernah cakap dia sayang aku tetapi kenapa aku rasa macam apa yang dia katakan tidak sama dengan apa yang dia lakukan. Hmm dia lah gadis yang banyak kenangan dalam hidup aku. Pahit dan manis dia yang memulakan dulu. Sekarang hanya kesulitan dan kesakitan juga pengharapan.

Aku tahu aku dah sakitkan hati dia dengan tweet tu atau entah. Aku memohon kemaafan jika kata-kata aku membuat hati kau benci aku. Tetapi niat yang sebenarnya aku nak luahkan perasaan aku dan aku nak memotivasikan diri aku untuk tidak lalai dengan cinta. Dan jujurnya aku tak nak hilang engkau dan taknak kau jadi milik orang jadi. Aku ulang aku tak nak hilang engkau dan taknak kau jadi milik orang lain.

Rasanya cukup sampai sini kot,tetapi sebenarnya banyak lagi. tak apa la. Aku just luahkan apa yang aku mampu dekat sini. Assalamualaikum.